Friday, June 19, 2009

Alhamdulillah 2..^^

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Tu je yang mampu terucap masa Holecek sign buku kredit tadi..

Memang tak dapat dinafikan..Kegagalan minggu lepas banyak bagi pengajaran..Dari segenap aspek kehidupan..

OK...Dah selesai satu urusan..tapi banyak lagi urusan menanti..

''Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain'' (Al-Insyirah, 94:7)


Insya Allah setiap apa yang berlaku, itu adalah yang terbaik untuk kita...believe in HIM..

Ujian exam ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan ujian-ujian Allah yang lain..kita nampak benda ni besar sebab natijahnya di depan mata...Banyak je lagi *ujian-ujian* dari Allah yang akan kita tempuh ataupun sedang tempuh, tapi terlepas dari pandangan kita sebab natijah ujian tu bukan di sini..bukan depan mata..hoho..a reminder to myself as well^^

**ujian ni banyak jenis...nikmat, masa lapang dan kejayaan juga adalah salah satu dari cabang-cabang ujian-Nya..



..v(^.^)v..

''Hayya biljihad!! 'Aisy 'azizan au mut syahidan!!''
'' Hidup Mulia '' atau '' Mati sebagai Syuhada' ''

Wednesday, June 17, 2009

''warm wishes''

Nak share satu video yang di'share' oleh seorang sahabat tatkala diri yang gersang dek exam ni minta sesuatu...


ditujukan khas buat semua^^




dekuju moc...


Exam oh exam...
Banyak pros...banyak jugak cons nye
Kadang-kadang aku benci exam
Buat kita jadi lalai & leka dalam dunianya
Tapi kadang-kadang aku bersyukur ada exam
Buat kita sedar banyak benda & lebih peka
Exam tak salah
Segalanya bergantung pada kita
Macam mana nak handle
So that fizikal, roh, emosi, & mental tak terdera
Usaha sedaya mungkin
Tapi jangan sampai Ilah berubah arah
Selebihnya, kita tawakal
Natijah bukan urusan kita
Yang dinilai oleh Dia adalah usaha
Moga termasuk golongan yang diredhaiNya..


Selamat bermujahadah semua!

sejak nk exam ni, rajin bebeno menulis blog..huhu (tengah 'kebulur' ni sebenarnya, nak 'nasikkkk'! Nak makan 'nasi' ramai2..nak sharing-sharing...tak best 'makan' sorang-sorang..tak 'kenyang')..^^

(bila baca balik macam monster tengah lapar..^^)

Tuesday, June 16, 2009

Sharings of today^^

Baru balik study group ngan Ila, Koin & Raini...One of the reasons kaki ni rajin melangkah ke fakulti hari ni ialah study group tu sendiri..Reasons lain = nak amek 'conspiracy notes' Biochem, nak bayar duit 'conspiracy notes' & juga untuk book date Physio. I.Allah kalau takde aral, 19 ni reseat for physiology exam (2nd attempt).. Doakan ye kawan-kawan. ^^

Something to ponder, tadi masa tengah study group, ditakdirkan (hidup ni takde kebetulan^^) ada sorang lagi classmate (bukan Malaysian) join half of the discussion. Banyak la jugak dia membantu kami yang kadang-kadang agak pening...(nerve fibers dah berselirat sangat^^)..situation masa tu, 'win-win situation'..Dia kata dia faham something yang selama ni dia tak faham & kitorang dapat some good explaination dalam certain things. Tengah-tengah discuss pasal internal ear, tiba-tiba dia kata (lebih kurang la)..''You know what? All these things are so great! How come they said that all these things coincidently happened/formed?''

Kat sini, most of lecturers percaya teori evolusi. So, bagi diorang semua ni jadi secara kebetulan. Kadang-kadang dalam kelas diam je la masa lecturer relate dengan teori evolusi ni..Tapi bila dengar benda ni dari mulut seorang non-muslim, dalam hati, 'Subhanallah, Masya Allah'..sebab secara tak langsung dia mengakui kewujudan Yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Teliti mencipta each part of our body dengan sedetail-detailnya. Mungkinkah semua ni jadi secara kebetulan? Mana mungkin! Fitrah manusia akan menyebabkan kita at least terdetik bahawa ada Suatu Kuasa yang sedang mengatur kehidupan kita dan segala apa yang terjadi.

Apatah lagi kita, sebagai seorang yang mengaku & tahu akan keagungan & kebesaran ALLAH...Kadang-kadang terfikir juga, kita study bagai nak rak physio, biochem, anat, histo etc..Adakah semua tu menambahkan keimanan kita semua terhadap ALLAH? Atau hanya study sekadar study untuk pass exam? (Kalo apa yang kita pelajari itu nggak punya kesan sama iman, percuma saja apa yang kita belajar! <--sila baca dalam intonasi yang betul) Tepuk dada tanya iman..renungan buat diri especially & kawan-kawan jugak^^

Lagi nak share, tadi after solat zohor jemaah kat fakulti, ada seorang hamba Allah share something..something related to 'lughatul arabiyah' aka 'lughatul jannah' aka bahasa arab^^.. lebih kurang macam ni la, dalam bahasa arab, kiranya kalau kata akar (root word) satu perkataan tu ada huruf Jim & Nun, ia akan membawa kepada maksud sesuatu yang ghaib @ yang tak dapat kita tengok....contoh?? Jannah, Jahannam, Jin, Janin a tak dale (dia ada sebut lagi 1 perkataan tapi tak ingat..yang bermaksud shielding)

Lagi satu, lepas solat asar pun ada tazkirah jugak...someone share pasal riak...kalau kita pass satu exam (dia amek contoh one of jemaah yang dapat 1 untuk Histo^^), banyak-banyak la syukur pada Allah..Jangan riak..dan teruskan study untuk subjek lain..Sebab wujudnya perasaan riak dalam hati hatta sebesar 'mustard seed' (biji sawi) akan menyebabkan kita dicampak dalam neraka...Nauzubillah min zalik...Kalau rasa-rasanya ada perasaan tu, cepat-cepat istighfar...Astaghfirullah al-azim..

Tu je kot..(^_^)v..terpanjang la plak...Pardon!

All da best untuk semua yang akan menempuh salah satu ujian (kalo nak dihitungkan, ujian ini nggak seberapa dunk!) antara ujian-ujian yang bakal kita tempuhi sebagai seorang hambaNya...

Vsechno nejlepsi untuk mereka yang berkenaan dalam Anatomy, Histology, Physiology, Biochemistry, Czech Language, Pathophysiology, Pathoanatomy & Psychology...(ada lagi ke subjek tertinggal?)


Saturday, June 13, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah 'ala kulli hal...(segala puji bagi Allah atas setiapa perkara yang berlaku)

Dah terjawab pun teka teki keputusan exam physiology...Itu juga rezeki...
''Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) berbanding kehidupan akhirat'' (Ar-Ra'd, 13:26)


i.Allah ada sesuatu yang Allah nak tunjuk...tapi tipu la kalau kata takde secebis pun rasa sedih...tapi i.Allah, bukan natijah itu yang Allah nilai tapi usaha kita...

Apa-apa pun, banyak 'tarbiyah exam' yang dapat kali ni...ukhuwah, sabar, punctuality, a tak dale..=P...

Kita merancang, Allah juga merancang dan DIA adalah sebaik-baik perancang...
I. Allah, apa yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita...walaupun apa yang terjadi itu bukan apa yang kita harapkan ia terjadi...Buat diri sendiri & kawan-kawan semua, selamat berjuang..usaha sebaiknya dan tawakkal...
''Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihad itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesunguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta'' (Al-'Ankabut, 29:6)

''Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik'' (Al-'Ankabut, 29:69)

''dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara'' (al-Ahzab, 33:3)
@upin02
Semoga kejayaan milik kita semua...Vsechno nejlepsi!!

Saturday, May 30, 2009

Perancang Merancang Perancangan^^

Hoho…lama betul dah tak update blog ni...
berhabuk & berdebu dah...isk3..sape la tuan empunya blog ni…(adakah ini dikira menzalimi blog sendiri?)..

Kelmarin hantar family kat airport...steady je asalnya, tup3 Hafiz tiba-tiba taknak berpisah..alamak! sayu betul masa tu...Allah je yang tahu hati kat dalam ni...nasib baik dia tak nangis masa tu…Pastu, masa tengah salam-salam tu, abah cakap something kat anak dia ni yang nak amek exam ni.

''The best thing yang kitorang boleh tolong along hanyalah doa…''

Yup, and the rest is up to me and also up to HIS plans…Ya Allah! Permudahkanlah urusanku dan rakan-rakanku.

InsyaAllah, my first encounter with final exam for this semester is on 11th June which is PHYSIOLOGY. The next one waiting for me is BIOCHEMISTRY which will be on30th June. The last one is CZECH LANGUAGE (2nd July). And IF everything go well as planned, i.Allah I'll fly home in mid July.


We plan, but HE is the best PLANNER!

p/s:

Reminder untuk diri sendiri & sahabat semua. Dalam kita semua sibuk nak exam ni,

  1. Jangan lupa yang kita ni hamba Allah..bukan hamba exam
  2. Hak Allah, hak diri, hak kawan-kawan etc still kena jaga…
  3. Ingatlah bahawa kita merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang…

Sunday, March 29, 2009

muhasabah diri..

Salam..

Dah lama tak tulis apa-apa...walaupun banyak je yang nak dikongsi..tapi, tak terkongsi...MySpace

Kejap tadi terbuka blog seorang sahabat...
Terasa nak kongsi ni...


NILAILAH DIRI KITA TIKA MANA KITA BERSENDIRIAN...

ITULAH AKHLAK KITA YANG SEBENAR...



Sama-sama kita muhasabah diri...

**Diky Rusna for the reminder...


Wednesday, March 11, 2009

Jom!

Salam..

Jom ramai-ramai ke 'Spring Camp TPMG 09'!MySpace

Cepat-cepat! Tempat terhad!



Amacam? Menarik kan?MySpace Apa lagi?

klik sini--> Jom daftar! Sape cepat dia dapat!!!MySpace
perlukan lebih info?? takde masalah-->klik sini

Rasululllah s.a.w pernah bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu sebagai tanda meredai usahanya.”
Jom! Jom! Jom!
@upin02

Sunday, February 22, 2009

Pilihan di tangan kita..

Alhamdulillah~~

Dekuju moc...Jazakumullah pada semua yang telah bersama-sama menjayakan 'Tentang Kita'...MySpace

Semoga perkumpulan jasad & hati kita semua di baitul Mus'ab bukan sesuatu yang sia-sia...semoga sepanjang dua hari kita berprogram, kita semua berada dalam nilaian Allah & dalam redhaNya...

Apa yang disampaikan diharap sampai ke hati...ya, kita tidak berkuasa dalam memastikan hal ni...Allah lah yang menentukan siapa yang ingin Dia beri kebaikan...dan kita juga tidak pernah menafikan bahawa hidayah milik Allah...tapi untuk hidayah tu, kita juga kena berusaha mencari & berdoa untuk mendapatkannya...semoga hidup kita sentiasa dalam petunjuk & limpahan rahmatNya...

Ketika hati kita terdetik untuk melakukan kebaikan, segerakanlah...tika hidayah datang mengetuk pintu hati kita, jangan bertangguh.
it's never too early & it's never too late..

Kerana kita bimbang, kesombongan kita untuk membuka pintu hati kita dalam berubah akan menyebabkan kita dalam kesesatan & kerugian apabila hidayah yang berkali-kali datang sebelum ini, tiba-tiba senyap dan berhenti mengetuk.
Juga, kita mungkin takut untuk berubah. Risau telahan orang sekeliling. Bimbang nanti ditertawa. Takut hilang sahabat.

Tapi, kita kena ingat kembali tujuan kita hidup di dunia. Untuk apa kita hidup? Jawapan pada persoalan ni, kita semua dah tahu...semoga kita faham(tahu & faham adalah 2 perkara yang berbeza)


Jika kita faham, kita akan tega dan teguhkan pendirian hatta seluruh manusia di dunia menentang. ...Fatuba lilghuraba'...
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Islam dimulai dalam keadaan asing, dan akan kembali sebagaimana ia dimulai (sebagai sesuatu yang) asing; maka berbahagialah bagi kaum ghuraba' (orang-orang yang asing tersebut)". [H.R.Muslim]


If Allah is with you, then whom do you have to fear? If Allah is against you, then what hope do you have?”...::La Takhaf wa La Tahzan, Innallaha Ma'ana::...


Kami adalah suatu kaum yang diberikan kehebatan oleh Allah kerana menegakkan islam. Maka barangsiapa yang mencari kehebatan dengan cara selain islam, maka Allah akan memberikan kehinaan. (Umar al-Khattab RA)




Insya Allah masing-masing dah tahu dan faham apa peranan kita semua. Adakah kita hanya mahu menjadi pemerhati? Pilihan ada di tangan kita...




p/s: Ya, bercakap (menulis) memang mudah! Diri ni pun sendiri tak tahu adakah mampu melakukan atau hanya pandai menyusun madah. Kita tak tahu kemampuan kita sehingga kita diuji. Tapi, i.Allah kita akan berusaha sedaya mungkin dalam merealisasikannya. Allah melihat pada usaha kita. Support system penting di sini. Jangan sesekali lupa, kita ada Allah yang sentiasa bersama-sama kita.


Thursday, February 19, 2009

masa oh masa..

Alhamdulillah...

Dah selamat sampai HK...MySpace

Esok ada kredit test Czech...

Juga agak sibuk dengan preparation ''Tentang Kita''

kerja > masa...MySpace...Moga Allah permudahkan segala urusan..amiin..

al-waqt kassaif... illam taqta'hu, qata'ka..

Wednesday, February 4, 2009

Segala puji bagi Allah atas setiap perkara.

Alhamdulillah 'ala kulli hal...

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Hanya tu je perkataan yang mampu terucap sekarang...

Dekuju moc pada semua yang mendoakan kejayaan bersama...
Especially terhadap seorang sahabat yang banyak menyebabkan diri ini terkedu beberapa kali tika semangat sedikit luntur, tika alpa, tika aku mengeluh...
''Jangan jadi hamba exam!''

''Exam-exam juga...hak kita terhadap yang lain jangan dilupa...''

''Didie, tawakkal...Didie dah usaha kan? Semuanya dah tertulis...Kalau kita berjaya, Alhamdulillah..Kalau outcome tak seperti yang kita nak, usaha kita tak sia-sia...usaha kita tu adalah ibadah...Allah tengok setakat mana usaha kita...Semua yang jadi nanti ada hikmah disebaliknya...Jangan Give up!!''MySpace
Kadang-kadang bukan kita tak tahu, tapi kita terlupa...sebab tu la kita kena saling ingat mengingatkan...

Fazakkir Fainnazzikra tanfa'ul mukmin-Berilah peringatan...sesungguhnya, peringantan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman

Ingat! Kita ada Allah...MySpace
----------------------------------------------------------------
I.Allah Yana sampai esok pagi pukul 10...so, akan ke PRAHA ngan Fara....tolak, campur, darab, bahagi, dah lebih kurang setahun setengah kita tak jumpa kan Yana?MySpace...Mesti kamu makin tinggi...huhu..


Vsechno Nejlepsi Test everyone!!!
Allah sentiasa bersama-sama kita...

Saturday, January 31, 2009

Merepek...






Tetiba teringat Alya...(
Takpa2...jadi motivasi...Study!!!

Masuk gear box!!! eh silap! Masuk gear 8!!! (maaf ini adalah repekan manusia yang tengah merepek)

Kepada Syazwani 'Aqilah, bertabah! be strong! Jangan sedey2(BTW, I like the new colour of yours<--x tipu)

Ok, untuk counterback repekan di atas, ni ada satu video...

Allah is enough for me~~by Zain Bikha~~

Vsechno Nejlepsi everyone!! Moga kita semua diberi kesudahan terbaik dalam apa jua yang kita buat...Dalam perjuangan kita, kita tidak bersendirian...Allah sentiasa bersama kita
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high
(I am Not Afraid to Stand Alone~~Native Deen)





Thursday, January 29, 2009

~~Kalimatan~~

Salam..

Saja nak share...




Kalimatan habibatan ila ar-Rahman
Khafifatan `alal lisan, thaqilatan fil mizan
Subhanallahi wa bi hamdih, subhanallahi al-azim


Anyways here is the hadith:

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, “There are two statements that are light for the tongue to remember, heavy in the Scales and are dear to the Merciful: `Subhan-Allahi wa bihamdihi, Subhan-Allahil-Azim [Glory be to Allah and His is the praise, (and) Allah, the Greatest is free from imperfection)'.''[Al-Bukhari and Muslim]

and one more hadith related to it...,

Narrated Abu Huraira (ra): Allah’s Apostle (peace and blessings be upon him) said, “Whoever says, ‘Subhan Allah wa bihamdihi,’ one hundred times a day, will be forgiven all his sins even if they were as much as the foam of the sea.”(Sahih Bukhari)


Dalam kita semua sibuk prepare for exams, jangan dilupa hak kita terhadap Yang Maha Satu...MySpace


Mampukah kita?

Abu Sa’id al-Khudri r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa); maka sekiranya dia tidak mampu, (hendaklah dia mengubahnya) dengan lidahnya(nasihat) dan jika dia tidak mampu (juga), (hendaklah dia mengubahnya) dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman''

(diriwayatkan oleh Muslim)

kalau kita mampu mengubah dengan kuasa tapi kita lebih memilih untuk tidak bertindak & hanya membenci dalam hati???

Kemungkaran akan tetap terjadi depan mata kita walhal kita mampu untuk mengubahnya.

Kita Fikirlah Sendiri...

Tuesday, January 27, 2009

BERSEMUKALAH=)

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Erm, dah lama tak update...banyak benda nak story tapi masa & malas menjadi penghalang....

Dulu abah selalu pesan kat anak-anak dia yang suka gaduh, dengki-mendengki & yang pentingkan diri...

Jangan pentingkan diri...Kita tak boleh hidup sorang-sorang kat dunia ni...Kadang kala kita kena beralah dan orang yang mengalah tak semestinya kalah...Kita sesama saudara tak boleh bermusuhan (ayat xde lah skema mcm ni)

Tu kisah dulu-dulu...alhamdulillah, sekarang ni masing-masing sanggup berkorban & bersusah payah demi satu sama lain...mungkin bila masing-masing saling berjauhan & jarang jumpa, hubungan jadi makin erat dan kasih sayang lebih terpancar...Sekarang ni, kalau ada yang tak puas hati sesama kitorang, cakap je...Dan yang peliknya, kadang-kadang apa yang dibebelkan tu terasa indah oleh adik-adik...dan dengan mudah diorang akan dengar...

Sekarang ni, jauh dengan family, so orang yang paling rapat dengan kita adalah sahabat kita....sedangkan lidah lagi tergigit...ni kan pula kawan-kawan..(^-^)v...

Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain...tak semestinya something si A suka, si B akan turut suka...C pula sensitif tapi D pulak jenis yang tak kisah...si E buat nasi ayam, si F ingat dia masak nasi lemak...so, point kat sini, tak mustahil salah faham, berkecil hati, marah, tak puas hati etc akan timbul...

Jadi, apa yang boleh disimpulkan:

Resolusi terbaik= Bersemuka...dengar cerita semua pihak...insya Allah kita akan lebih kenal & faham semua orang.....Duduk berkumpul, luah apa yang selama ni tak puas hati...saling kritik mengkritik (dengan cara berhikmah)....tegur apa yang selama ni perlu ditegur, luah apa yang tak terluah...

mungkin masa tu, kita rasa geram bila dikritik, tak puas hati bila ditegur, emo dalam meluah perasaan etc..tapi percayalah, lepas habis sesi tu, masing-masing akan punya persepsi berbeza terhadap satu sama lain..yang mana rasa belum cukup kenal akan lebih mengenali ...dengan syarat, setiap seorang mesti hadirkan diri dengan dada yang lapang...mungkin susah nak terima kritikan tapi ingatlah, kritikan tu semua akan membentuk kita menjadi insan yang lebih baik...suatu hari nanti, kita mungkin akan bersyukur kerana pernah dikritik! Dekuju Moc kawan-kawan!!!

..........................(^-^)v...PEACE!!!.........................

Anyway, sedikit update..

InsyaAllah pada:

(040209)--> Final Biology (Ya Allah, Mudahkanlah)

(050209)--> Yana datang (Can't wait to see you my dear)

(110209)--> Balik Sweden dengan Yana ( Sape2 nak ikut, jom!)