Tuesday, January 27, 2009

BERSEMUKALAH=)

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Erm, dah lama tak update...banyak benda nak story tapi masa & malas menjadi penghalang....

Dulu abah selalu pesan kat anak-anak dia yang suka gaduh, dengki-mendengki & yang pentingkan diri...

Jangan pentingkan diri...Kita tak boleh hidup sorang-sorang kat dunia ni...Kadang kala kita kena beralah dan orang yang mengalah tak semestinya kalah...Kita sesama saudara tak boleh bermusuhan (ayat xde lah skema mcm ni)

Tu kisah dulu-dulu...alhamdulillah, sekarang ni masing-masing sanggup berkorban & bersusah payah demi satu sama lain...mungkin bila masing-masing saling berjauhan & jarang jumpa, hubungan jadi makin erat dan kasih sayang lebih terpancar...Sekarang ni, kalau ada yang tak puas hati sesama kitorang, cakap je...Dan yang peliknya, kadang-kadang apa yang dibebelkan tu terasa indah oleh adik-adik...dan dengan mudah diorang akan dengar...

Sekarang ni, jauh dengan family, so orang yang paling rapat dengan kita adalah sahabat kita....sedangkan lidah lagi tergigit...ni kan pula kawan-kawan..(^-^)v...

Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain...tak semestinya something si A suka, si B akan turut suka...C pula sensitif tapi D pulak jenis yang tak kisah...si E buat nasi ayam, si F ingat dia masak nasi lemak...so, point kat sini, tak mustahil salah faham, berkecil hati, marah, tak puas hati etc akan timbul...

Jadi, apa yang boleh disimpulkan:

Resolusi terbaik= Bersemuka...dengar cerita semua pihak...insya Allah kita akan lebih kenal & faham semua orang.....Duduk berkumpul, luah apa yang selama ni tak puas hati...saling kritik mengkritik (dengan cara berhikmah)....tegur apa yang selama ni perlu ditegur, luah apa yang tak terluah...

mungkin masa tu, kita rasa geram bila dikritik, tak puas hati bila ditegur, emo dalam meluah perasaan etc..tapi percayalah, lepas habis sesi tu, masing-masing akan punya persepsi berbeza terhadap satu sama lain..yang mana rasa belum cukup kenal akan lebih mengenali ...dengan syarat, setiap seorang mesti hadirkan diri dengan dada yang lapang...mungkin susah nak terima kritikan tapi ingatlah, kritikan tu semua akan membentuk kita menjadi insan yang lebih baik...suatu hari nanti, kita mungkin akan bersyukur kerana pernah dikritik! Dekuju Moc kawan-kawan!!!

..........................(^-^)v...PEACE!!!.........................

Anyway, sedikit update..

InsyaAllah pada:

(040209)--> Final Biology (Ya Allah, Mudahkanlah)

(050209)--> Yana datang (Can't wait to see you my dear)

(110209)--> Balik Sweden dengan Yana ( Sape2 nak ikut, jom!)

No comments: