Sunday, February 22, 2009

Pilihan di tangan kita..

Alhamdulillah~~

Dekuju moc...Jazakumullah pada semua yang telah bersama-sama menjayakan 'Tentang Kita'...MySpace

Semoga perkumpulan jasad & hati kita semua di baitul Mus'ab bukan sesuatu yang sia-sia...semoga sepanjang dua hari kita berprogram, kita semua berada dalam nilaian Allah & dalam redhaNya...

Apa yang disampaikan diharap sampai ke hati...ya, kita tidak berkuasa dalam memastikan hal ni...Allah lah yang menentukan siapa yang ingin Dia beri kebaikan...dan kita juga tidak pernah menafikan bahawa hidayah milik Allah...tapi untuk hidayah tu, kita juga kena berusaha mencari & berdoa untuk mendapatkannya...semoga hidup kita sentiasa dalam petunjuk & limpahan rahmatNya...

Ketika hati kita terdetik untuk melakukan kebaikan, segerakanlah...tika hidayah datang mengetuk pintu hati kita, jangan bertangguh.
it's never too early & it's never too late..

Kerana kita bimbang, kesombongan kita untuk membuka pintu hati kita dalam berubah akan menyebabkan kita dalam kesesatan & kerugian apabila hidayah yang berkali-kali datang sebelum ini, tiba-tiba senyap dan berhenti mengetuk.
Juga, kita mungkin takut untuk berubah. Risau telahan orang sekeliling. Bimbang nanti ditertawa. Takut hilang sahabat.

Tapi, kita kena ingat kembali tujuan kita hidup di dunia. Untuk apa kita hidup? Jawapan pada persoalan ni, kita semua dah tahu...semoga kita faham(tahu & faham adalah 2 perkara yang berbeza)


Jika kita faham, kita akan tega dan teguhkan pendirian hatta seluruh manusia di dunia menentang. ...Fatuba lilghuraba'...
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Islam dimulai dalam keadaan asing, dan akan kembali sebagaimana ia dimulai (sebagai sesuatu yang) asing; maka berbahagialah bagi kaum ghuraba' (orang-orang yang asing tersebut)". [H.R.Muslim]


If Allah is with you, then whom do you have to fear? If Allah is against you, then what hope do you have?”...::La Takhaf wa La Tahzan, Innallaha Ma'ana::...


Kami adalah suatu kaum yang diberikan kehebatan oleh Allah kerana menegakkan islam. Maka barangsiapa yang mencari kehebatan dengan cara selain islam, maka Allah akan memberikan kehinaan. (Umar al-Khattab RA)




Insya Allah masing-masing dah tahu dan faham apa peranan kita semua. Adakah kita hanya mahu menjadi pemerhati? Pilihan ada di tangan kita...




p/s: Ya, bercakap (menulis) memang mudah! Diri ni pun sendiri tak tahu adakah mampu melakukan atau hanya pandai menyusun madah. Kita tak tahu kemampuan kita sehingga kita diuji. Tapi, i.Allah kita akan berusaha sedaya mungkin dalam merealisasikannya. Allah melihat pada usaha kita. Support system penting di sini. Jangan sesekali lupa, kita ada Allah yang sentiasa bersama-sama kita.


2 comments:

SupeR HoLky-HOOD said...

salam org sblh..hehe
yup...kt mmg perlu 'support system' bersame utk igt2kn each other..
same2 kt berusaha utk mnjdi individu muslim yg lbh baek dr ari2 sblmnye..iA.
doakn same2 mg Allah ttapkn kt dijlnNya..

"Berangkatlah kamu baik dgn rase ringan mahupun rase berat, dan berjihadlah dgn harta dan jiwamu di jln Allah. Yg demikian itu adlh lebih baik bgmu jika kamu mengetahui". (9:41)

anbahmie_10 said...

''fazakkir, fainnazzikra tanfa'ul mukminin''-maka berilah peringatan. Kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman-