Tuesday, December 30, 2008

Pedulikah kita?

Baru je balik dari Loch Lomond...

Cerita tentang apa yang ada di sana etc.. akan ditulis nanti...i.Allah

Namun apa yang menyedihkan dan mengecewakan, bila balik and buka berita, ada cerita tak best tentang saudara-saudara seislam kita di Palestinkalau x tahu, silalah ambil tahu...tak cukup lagi ke dengan segala catuan & siksaan sebelum ini???

Tapi yang paling mengecewakan ialah tindakan Mesir yang taknak buka sempadan dalam usaha membantu rakyat Palestin yang menderita...Yahudi La'natullah memang Allah dah jelaskan sejelas-jelasnya dalam al-Quran betapa teruk dan betapa kejamnya mereka...tapi kenapa orang Islam bukan sahaja tak ambil peduli, malah menghalang mereka yang peduli dan ingin membantu???

So, kita kat sini?
Tepuk dada...tanya iman....paling tidak, kita ambil peduli dan jangan putus mendoakan saudara-saudara kita...DO'A adalah senjata kita yang paling utama...bak kata Yvone Ridley, ''Don't you ever underestimate the power of DO'A''



Sunday, December 14, 2008

tanpa tajuk...

Salam...

Lama blog ni tak terusik...Bukan tak nak update..

Tapi...

Kekangan masa...-ada je 2/3 saved drafts for new posts...entah la...somehow drafts tu semua terabai je kat situ...sebenarnya, takde la nak kata busy sangat sekarang ni...

Belum bersedia....-lately banyak benda yang berlaku yang membabitkan perasaan & emosi...to be frank, when it comes to emotional stuffs and something related to how I feel or what I felt regarding something, diri ni belum bersedia untuk share semua tu dengan public...
So, all those things akan diluah kat blog 'Catatan Pengembara'...Sebenarnya, masa decide nk ada satu open-public blog, ingatkan dah ready untuk share, speak up, pour out everything in mind kat blog ni....tapi, susah nak buat semua tu...saya tak pernah kata seorang blogger kena announce to the whole world apa yang jadi kat diorang...tapi, kadang-kadang rasa ingin menegur & meluah sedikit ketidakpuasan yang dirasa tapi hakikatnya, semua tu susah...jalan yang akhirnya diambil ialah berdiam diri...

Just sedikit update:)...
I.Allah next week dah start cuti Hari Natal & Tahun Baru...Rasa tak sabar nak ke Glasgow...moga niat, perjalanan dan segala aktiviti yang akan dilakukan nanti mendapat redhaNya...dan semoga 'sesuatu' yang dicari akan ditemui...:)

By the way, before cuti ada 2 test waiting..esok ada kredit test for Nervous System (Physio) a v Ctvrtek (Rabu), mam biochemie mikrotesty...vsechno nejlepsi test everyone!!! For 1st years, korang mesti tengah cuak tunggu result biofyzika kredit test hari tu kan? Takpe, semua orang ada rezeki masing-masing...cepat atau lambat je...yang penting, jangan pernah berburuk sangka terhadap Allah...(^-^)v...

Cau!!
Salam...

Saturday, November 22, 2008

Siapakah dia...

Mus'ab ibn Umair...?

Maybe ada yang dah dengar/ baca kisah hidup beliau..
Mungkin juga ada yang belum pernah dengar pun nama Mus'ab ibn Umair ni.


Kenapa ek nama rumah kitorang Baitul Mus'ab?
Bukan ke tu nama lelaki?
Sedangkan, ahli-ahli rumah tu semua 'holky'...




Sebab...
Kitorang kagum dengan semangat & peribadi pemilik nama ini....malah mengimpikan diri agar menjadi sehebat 'Duta Pertama Umat Islam' yang dikirim ke Madinah ini...dan dengan izin Allah, beliau telah berjaya mengislamkan at least seorang dalam setiap rumah di Madinah...

Tapi....
siapa sebenarnya ar-rijal bernama Mus'ab ni?

Jeng3x.....Jom layan jap cerita kat bawah ni...




Mus'ab bin Umair-Da'i Mujahid...

Mus’ab bin ‘Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman.

Sebelum memeluk Islam lagi Mus’ab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya:
“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya.


Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: “Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.”

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qami’ah menyerbu ke arah Mus’ab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Mus’ab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qami’ah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qami’ah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabi’ah dan Suwaibit ibn Sa’d telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.


Nota kaki: Kisah di atas di'copy & paste' dari sini---> Mus'ab bin Umair-Da'i Mujahid

Kisah ar-rijal bernama Mus'ab ibn Umair ini juga boleh dibaca di sini dalam versi English--->Mus'ab ibn Umair-The First Envoy of Islam (kat sini lagi best kot..sebab lagi detail...HIGHLY RECOMENDED!)


So?
Kalau nak dihitung & direnung...
Dah berapa lama Allah bagi kita peluang hidup di dunia yang fana ni...?
Selama hayat kita ni, apa yang dah kita buat...? Untuk islam...?
Dah tertunaikah tanggungjawab kita yang diamanahkan Allah?

2:30 Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di bumi"...

51:56 Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan BERIBADAT kepadaKu


Dah berapa banyak titisan darah (kalau tak darah pun, titisan keringat...) kita yang telah tumpah dalam kita menunaikan amanah kita tu?

For me personally, rasa hina & kerdil bila fikir semua tu...
Mana taknya, bila fikir-fikir balik, dah berapa banyak masa habis dengan perkara-perkara 'lagha' yang memang tak masuk dalam list tanggungjawab kita (sipi-sipi pun tak)...
sepanjang detik kita dipertanggungjawabkan dengan segala amalan kita (baligh) sampai detik ini, agaknya berapa percent yang dah kita peruntukkan untuk Allah...jawapan yang sepatutnya ialah 100%..setuju?...
Inna solati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamati, lillahi rabbil 'alamin

tapi,
kita sendiri tahu, berapa banyak dari 100% tu yang telah kita peruntukkan....
tepuk dada, tanya iman...

Iman kita memang turun naik...Hati kita sentiasa berbolak-balik...Sentiasalah kita berdoa moga Iman & hati kita sentiasa kukuh & teguh....ada ketika, ribut taufan, puting beliung hatta angin sepoi2 bahasa datang menguji.....semoga iman & hati kita tak runtuh & roboh malah terus dan semakin kukuh & teguh...sama-samalah kita saling tegur-menegur, nasihat-menasihati & ingat-memperingati sesama kita...kerana kita adalah manusia...makhluk Allah yang mudah alpa & lupa...yang perlukan peringatan setiap masa....

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mu'min (az-Zariyat, 51:55)


'ish 'azizan au mut shahidan....

Monday, November 17, 2008

Hakikat Bahagia~~

Ma ma'na 'as-sa'adah'? What is 'happiness'? Co je to 'stesti'? Apakah erti sebenar sebuah 'kebahagiaan'?

Siapa ada jawapan untuk soalan tu?
Adakah wang ringgit, cinta, harta, pangkat etc adalah kayu pengukur makna sebuah kebahagiaan? Jeng3x...



Jom layan jap lagu 'hakikat bahagia' ni....
Hakikat Bahagia - UNIC
Bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir rupanya ma'nawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati, bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa, mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan...
Bila susah tiada gelisah,
Bila miskin syukur pada Tuhan,
Bila sakit tiada resah di jiwa,
Bukankah Tuhan telah berfirman,
''Ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang''
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah,
Bila berkuasa amanah,
Bila berjaya tidak alpa,
Bila sihat tidak lupakan Tuhan...
Hakikatnya bahagia itu, adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan...
Bila susah tiada gelisah,
Bila miskin syukur pada Tuhan,
Bila sakit tiada resah di jiwa,
Bukankah Tuhan telah berfirman,
''Ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang''

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah,
Bila berkuasa amanah,
Bila berjaya tidak alpa,
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Semua insan kan mengerti maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir, rupanya ma'nawi
Terpendam bagai permata di dasar hati,
Bahagia itu ada di jiwa, mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran...

Setuju ke?
For me personally, setuju....
Sebab kadang-kadang, kita diuji dengan pelbagai rintangan & kesusahan...
Namun, kalau kita pasrah & bersangka baik dengan Allah atas segala kurnia-Nya, pasti kita akan berlapang dada...automatically, rasa bahagia akan timbul...betul tak?

Apa sahaja yang menimpa, baik atau buruk, ucaplah ''Alhamdulillah 'ala kulli hal'' yang bermaksud, 'Maha Suci Allah atas setiap perkara''....

Teringat satu cerita ni,


Pada satu hari ketika Abul Hassan sedang mengerjakan tawaf di Masjidil Haram, beliau ternampak seorang wanita yang wajahnya bersinar dan berseri.

Abul Hassan berkata kepada dirinya:
"Demi Allah, saya belum pernah melihat wajah yang cantik dan berseri seperti wanita itu. Wanita itu seolah-olah seperti tidak pernah risau atau bersedih hati."

Kata-kata Abul Hassan itu didengari oleh wanita itu. Dia lantas bertanya: "Apakah yang tuan katan? Demi Allah saya tetap berasa sedih dan dukacita."

Abu Hassan bertanya: "Bolehkah saya tahu, kenapakah puan bersedih dan berdukacita?"

Wanita itu menjawab: "Suatu hari, ketika suami saya pergi menyembelih kambing korban di masjid, satu insiden menyayat hati menimpa tiga orang anak kecil saya. Kejadian itu berlaku dirumah ketika saya sedang menyediakan makanan selepas menyusukan anak kecil saya. Anak saya yang sulung sedang bermain dengan anak kedua saya. Saya terdengar dia berkata kepada adiknya: Adik, mahukah sekiranya abang menunjukkan kepada kamu bagaimana ayah menyembelih kambing."

"Anak saya yang kedua menjawab: 'Baiklah. Bagaimanakah caranya?"

"Saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik kerana mereka memang selalu bermain bersama. Namun, tanpa saya sedari, si abang menyuruh adiknya berbaring dan kemudia dia menyembelih leher si adik dengan pisau yang entah dari mana dia dapat. Apabila melihat adiknya menggelupur dan darah memancut keluar dari tubuh, dia segera melarikan diri ke bukit berdekatan. Si abang cuba untuk bersembunyi di bukit itu, namun seekor serigala yang kelaparan telah menangkap dan memakannya."

Abul Hassan bertanya: "Sungguh tragis insiden ini."

Wanita itu berkata: "Nanti dulu tuan. Cerita saya belum habis. Izinkan saya meneruskan cerita."

Jawab Abul Hassan: "Maafkan saya. Sila, teruskan cerita puan."

"Apabila melihat anak saya yang kecil berlumuran darah dan tidak bernyawa, saya segera mendapatkan suami saya. Saya menceritakan apa yang berlaku kepada anak kedua saya dan kehilangan anak sulung saya. Lantas suami saya segera pergi ke arah padang pasir untuk mencarinya. Ketika itu kami tidak tahu anak sulung kami melarikan diri ke arah bukit."

"Setelah sekian lama mencari di padang pasir, saya berasa risau. Saya keluar rumah untuk melihat-lihat sekiranya suami atau anak saya pulang. Saya meletakkan anak kecil saya di dalam rumah. Tanpa saya sedari anak kecil saya merangkak ke arah cerek yang mengandungi air panas. Dia menarik cerek tersebut dan tumpahlah air panas itu ke atasnya. Anak kecil menjerit kepanasan dan kulitnya melepuh. Apabila saya mendapatkannya, dia sudah mati."

"Tidak lama kemudian beberapa orang kampung yang keluar mencari anak saya datang ke rumah membawa jasad suami saya. Rupanya dia mati akibat kehausan di padang pasir. Cebisan daging, tulang dan pakaian anak sulung saya yang berlumuran darah akibat dibaham serigala juga sudah ditemui."

Abul Hassan terperanjat mendengar insiden menyayat hati yang bertimpa-timpa menimpa wanita itu. Dia bertanya: "Walaupun puan ditimpa insiden yang sungguh tragis ini, puan masih kelihatan tenang. Bagaimana puan boleh bersabar menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu? Puan tidak langsung mengeluh?"

Wanita itu menjawab dengan suara yang tenang: "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan dia menemukan perbezaan antara keduanya. Seseorang yang bersabar dengan musibah yang menimpanya akan mendapat ganti yang baik dari Tuhan. Ia adalah sifat terpuji. Manakala, sekiranya dia mengeluh, dia tidak akan mendapat sebarang ganti dari Tuhan. Sia-sialah apa yang berlaku kepadanya."

Wanita itu menyambung lagi kata-katanya: "Rasulullah pernah berkata dalam satu hadis Qudsi: "Bagi hamba Allah yang beriman, apabila Allah mengambil kekasihnya di dunia dan dia bersabar, tidak ada balasan lain baginya melainkan syurga."

Kata Rasulullah juga: "Tiga tanda kekafiran terhadap Allah: merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika dia mati sebelum sempat bertaubat, maka Allah akan menyediakan untuknya pakaian dari wap api neraka." (Hadis ini direkodkan oleh Imam Majah)

Selepas menghabiskan kata-katanya, wanita itu meminta diri. Abul Hassan berasa kagum mendengar cerita wanita itu. "Patutlah wajahnya berseri dan seolah-olah bercahaya. Sungguh tinggi kesabaranya." Kata Abul Hassan kepada dirinya apabila wanita itu beredar.

(nota kaki: kesahihan cerita ni tidak diketahui...sekadar mengambil pengajaran)...(^-^)v....



So, lepas ni kalau ada apa-apa musibah menimpa, jangan cepat mengeluh...apa yang berlaku adalah suatu ketetapan, dan ujian Allah untuk menguji tahap keimanan kita...mungkin ada manis di penghujungnya..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya...Dan Allah Maha Tahu Kemampuan kita...Kita diuji kerana kita mampu menghadapinya...

TAPI, jangan pula kita cepat alpa bila Allah penuhi segala permintaan kita...kerana boleh jadi semua tu juga adalah ujian Allah...Dia nak uji adakah kita ni tergolong dalam hamba-hamba-Nya yang bersyukur....Setiap segala sesuatu nikmat adalah pemberian Allah...Dia lebih berhak atas segalanya dan Dia bebas merampas kembali segala nikmat itu semua pada bila-bila masa...<---pengajaran buat diri sendiri jugak...yela, manusia ni kan mudah lupa....

....::erm...terpanjang pulak entry kali ni...xpe kn?..peace!!!(^-^)v::....
BTW, dah terjawab ke persoalan terhadap erti sebenar ''bahagia''?
Anyway, kalau ada opinion lain, jangan la segan-segan share ye?...
''Sharing is caring'' & ''Sharing is fun''



Tuesday, November 11, 2008

Misteri Kehilangan....

Duit dalam akaun Dalila...berjumlah lebih 3000Kc


Di mana duit tu ialah duit saya+Ijti+Dalila...

Macam ni, tadi saya & Ijti gi bankomat KB bank kat Obchodni Dum...
Kononnya nak withdraw duit kitorang yang masih berbaki dalam tu lepas beli tiket flight online..

Sekali kitorang terkejut bila dmaklumkan balance duit dalam tu tak cukup....kalau sikit ok la lagi, masalahnya sekarang ni jumlah tu bersamaan €100++.....

Yang peliknya,

Macam mana?....sebab, lepas guna untuk internet banking beli tiket ke Loch Lomond, Scotland (Saya+Ijti) & Malaga, Spain (Dalila)...kad tu memang dalam simpanan saya...kalau nak kata terguna, macam x mungkin sebab x ingat pun no pin kad tu...tak tau la kalau ada toyol yang pandai guna internet, pakai kad tu online...

Bila?....Last pakai kad tu, Utery(Selasa) lepas...dan kitorang sedar kehilangan tu pun hari ni (Utery jugak)...meaning, transaksi pengeluaran duit tu berlaku dalam masa seminggu ni....

SO??
insyaAllah, esok nak gi jumpa Lucy check balik...
Tp kalau dah memang tak dapat balik duit tu...nak buat macam mana....Redha je la...

ingat ni...
tu kiranya Allah baru uji sikit...kalau Allah ambil nikmat-Nya yang lain yang kita selama ni tak pernah bersyukur/ salah guna ke, macam mana? Contohnya nikmat pancaindera ke....Ni Allah nak remind kita balik....maybe duit tu patutnya diinfaq ke mana-mana, tapi kita kedekut ke.....ha, mana kita tau kan?


''Sentiasalah berbaik sangka terhadap Allah dalam apa jua keadaan yang menimpa diri''

SMILE...:)''betul3x''

klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin






Wednesday, November 5, 2008

Loch Lomond..here we come!!! (^-^)v

Alhamdulillah...

Tiket ke Glasgow dah settle dah semua....Insya Allah akan bertolak dari Prague pada 20 Dec dan sampai ke Glasgow airport pada pagi 21 Dec (PRG-LGW-GLA)...together with some other sisters from Hradec & Prague...rasa excited & tak sabar nk sampai sana walaupun tahu, sebenarnya lambat lagi...tapi kalau nak kira, takde la lambat sangat ...bulan depan je pun..

Anyway, semoga perjalanan kita semua nanti selamat dan dalam redha-Nya...(btw, jangan lupa betulkan niat kenapa kita pergi sana...sebab apa yang kita niatkan, tu yang kita dapat)peringatan buat semua especially diri sendiri...


Wednesday, October 29, 2008

Blood Type Diet

Tak puas hati...boleh ke?

Tadi terbuka satu web page ni...pasal blood type diet...banyak la jugak benda yang saya suka makan,kononnya tak sesuai for my blood type.....yang paling tak boleh blah, ada ke kata people with blood type O no ''do not do well with dairy & grain products''.....foods highlighted with red colours in the 'food not allowed' column are included in my favourite lists..huhu...(ala, bukannya nak ikut pn...belasah je pun makan...tapi, ada sorang ni yang saya kenal yang dah try and it works..Masalah kesihatan yang selalu dia hadapi, makin kurang!) amacam? Rasa-rasanya patut ke try? tak rugi pun kan? Ntah la...tengok la dulu...





Characteristics of
Type O

Best on High Protein Diet

Thrive on intense physical exercise and animal proteins



Do not do well with dairy and grain products



Hardy digestive tract



The leading factor in weight gain for Type Os is the gluten found in wheat germ and whole wheat products.



Type O have a tendency to have low levels of thyroid hormone and unstable thyroid functions, which cause metabolic problems and weight gain.



Type O have high stomach-acid content, can digest meat easily.



Comments Most Beneficial Food allowed Food not allowed

The more stressful your job or demanding your exercise program, the higher the grade of protein you should eat Beef, Lam, Mutton, Veal, Venison

Protein Type Os can efficiently digest and metabolize meats
Any meat except for those listed not allowed Bacon, Ham, Goose, Pork

Cold-water fish are excellent for Type Os. Many seafoods are also excellent sources of iodine, which regulates the thyroid function. Cod, herring, Mackerel Any fish or seafood except for those listed not allowed Barracuda, Pickled herring, Catfish, Smoked salmon, Caviar, Octopus, Conch
Dairy Type Os need to severely restrict the use of dairy products and eggs
Butter, Farmer, Feta, Mozzarella, Goat cheese All other dairy products and yogurts
Fat Type Os respond well to oils Olive Oil, Flaxseed oil Canola oil, Sesame Oil Corn oil, Peanut oil, Cottonseed oil, Safflower oil
Nuts These foods should in no way take the place of high-protein meats, and they are high in fat especially if you are overweight. Pumpkin seeds, Walnuts All kinds except those listed not allowed Brazil, Cashew, Peanut, Pistachios, Poppy Seeds
Beans Type Os don't utilize beans particularly well. They tend to make muscle tissue slightly less acidic and inhibit the metabolism of other nutrients. Aduke beans, Azuki beans, Pinto beans, Black-eyed peas All kinds except those listed not allowed Beans - copper, kidney, navy, tamarine. Lentils - domestic, green, red.
Grains Type Os do not tolerate whole wheat products at all. Essene Bread, Ezekiel Bread Amaranth, Barley, Buckwheat, Rice, Kamut, Kasha, Millet, Spelt Corn, Gluten, Graham, Wheat (Bulgur, Durum, Sprouted, white and whole, Germ and Bran) farina, Oat, Seven-grains, or any products such as flour, bread and noodles made with these grain products
Vegetables These vegetables inhibit the thyroid function for Type Os

Brassica family: Cabbage, Brussels sprouts, cauliflower, mustard greens

These vegetables help blood clot, Type Os lack several clotting fractors and need vitamin K to assist in the process Kale, collard greens, romaine lettuce, broccoli, spinach


These vegetables irritate the digestive tract and the high mold count can aggravate Type O hypersensitivity problems.

Alfalfa sprouts, shiitake mushrooms, fermented olives

These vegetables can cause arthritic conditions in Type Os

Nightshades: eggplant, potatoes

This vegetable affect the production of insulin, often lead to obesity and diabetes for the Type Os.

Corn

This fruit agglutinate all blood types but Type Os.
Tomatoes


Artichoke, Chicory, Dandelion, Garlic, Horseradish, Kale, Leek, Okra, Onions, Parsley, Parsnips, Red Peppers, Sweet potatoes, Pumpkin, seaweed, turnips All kinds except those listed not allowed avocado
Fruits Dark red, blue and purple fruits tend to cause an alkaline reaction the digestive tract, and therefore balance the high acidity of the Type Os digestive tract to reduce ulcers and irritations of the stomach lining. Plums, prunes, figs


These fruits contain high mold counts which can aggravate Type Os hypersensitivity problems (allergies)

Melons, cantaloupe, honeydew

These fruits are high in acid content which may irritate the acidic stomach of Type Os
Grapefruit, most berries Oranges, tangerines and strawberries, blackberries, Rhubarb

Fruits are not only an important source of fiber, minerals and vitamins, but they can be an excellent alternative to bread and pasta for Type Os
All kinds except those listed not allowed

Type Os are extremely sensitive to this fruit.

coconut and coconut-containing products
Spices Rich source of Iodine to regulate the thyroid gland Kelp-based seasonings, iodized salt


Soothing to the digestive tracts of Type Os Parsley, curry, cayenne pepper


Irritants to the Type O stomach

White and black pepper, vinegar, capers, cinnamon, Cornstarch, Corn syrup, Nutmeg, Vanilla
Condiments


Ketchup, pickles, mayonnaise, relish
Beverages
Seltzer water, Club soda and tea
Coffee, Distilled liquor, Black Tea

source---> Blood O type Diet

here I have some links for those with:

Blood Type A

Blood Type B

Blood Type AB

It's all up to you guys...saje je bagi info...Didie sendiri pun tak nak amek pot sangat...Ada ke tak leh minum susu...dah la pistachios tu favourite...memang tak patut..tak puas hati ni..tapi tak salah try kan? Kalau betul-betul improve health ok jugak kn?

anyway, ingat...sejauh mana atau sekuat mana kita berusaha untuk jaga kesihatan/ tak nak sakit, kalau Allah kata ''kun'', ''fa yakun''...Allah kata ''Jadi!'', ''maka jadilah ia''...tak ada sape boleh halang...-tapi tu juga bukan alasan untuk kita tidak berikhtiar menjaga kesihatan diri...tubuh badan kita ni kan amanah dari Allah...so, kena jaga elok2...yang penting, jaga makan in terms of halal haram....esok-esok jadi darah daging kita juga kan?...

tetiba teringat ni, '' Kaf, Ba', Ra', Kaf, Alif, Ta', Nun''...''Keberkatan''...hehe

klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin


cau!

Tuesday, October 28, 2008

Ada apa dengan ''Haji''. ''Sejarah''. ''Qiraah''?

Terkesima sekejap baca satu artikel ni kat iluvislam..

Sebab, baru je 2 minggu lepas, kena 'tembak' ngan Ustaz Salam di Cerny Most bila tak terjawab bila dia tanya banyak-banyak pasal Tok Janggut...Anyway, memang patut pun saya di'tembak' bertubi-tubi masa tu...Sebab:

1) Ni kisah Sejarah Tanah Melayu,
2) Yang melibatkan seorang muslim yang alim yang syahid dalam memperjuangkan islam...
3) Berlaku di negeri Kelantan, di mana saya adalah salah seorang rakyat negeri Kelantan..

klik sini untuk baca artikel tersebut-->Tok Janggut / Haji Mat Hassan

Kenapa kadang-kadang kita tak berusaha untuk mengkaji sesuatu sejarah malah langsung tidak menunjukkan minat terhadap sejarah itu sendiri walaupun kita tahu, sejarah mungkin berulang dan kita seharusnya mengambil iktibar & pengajaran daripada sejarah itu...? My bad that I didn't like history during school years..But now I realize, that I have to learn from it, and that's why I have 'study'* it again!!!

So, how can we gain knowledge?
''kenapa ayat pertama yang Jibril ajar pada Muhammad s.a.w adalah '' IQRA' '' yang bermaksud ''bacalah''? Kerana melalui pembacaanlah, kita dapat menambah ilmu pengetahuan (peringatan: saya tidak pernah menyatakan bahawa membaca adalah method tunggal untuk beroleh ilmu...Ianya cuma salah satu jalan dalam kita usaha kita untuk menambah ilmu di dada)
OK...ini adalah cabaran buat diri sendiri...banyakkan membaca...!!! Rakyat Malaysia malas membaca? Jom kita ubah fakta ni!!!I know some malaysians who love reading so much!!! I envy them!!!

*
study by heart!! bukannya menerima sesuatu & menghafal
tanpa mengkaji kesahihannya (especially sejarah yang mana faktanya boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang berkepentingan sendiri)mampukah aku? at least lpas ni akan cuba mencari & meng'kaji'...daripada dok buang masa buat benda2 x berfaedah...


Sunday, October 26, 2008

Kita Semua Adalah Saudara

Post ni bukanlah dengan bertujuan menimbulkan provokasi...tetapi dengan niat ingin mengajak diri sendiri dan kawan-kawan supaya kita eratkan kembali silaturrahim yang sebelum ini sudah sedia erat, dekatkan kembali apa yang mula renggang, jernihkanlah mana yang keruh, uraikan yang mana berselirat agar tidak tersimpul mati....


Disini ada sedikit ringkasan ttg tingkatan/darjat dalam kita semua berukhuwah..


1) Yang paling rendah:
Tingkatan ukhuwah yang paling rendah adalah husnudzon (berbaik sangka) atau bersih hati (salamatul qalb) dan tidak melukai hati saudaranya. Firman Allah Ta’ala, ”….dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Al-Hasyr: 10)

2) Yang pertengahan:
Tingkatan ukhuwah pertengahan adalah merasakan apa yang dirasakan saudaranya, mencintai kebaikan untuk saudaranya sebagaimana mencintai kebaikan untuk dirinya sendiri. Rasulullah SAW. bersabda, “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga mencintai untuk saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).


3) Yang paling tinggi:
Tingkatan ukhuwah tertinggi adalah itsaar, atau mengutamakan saudaranya atas diri sendiri dalam masalah keduniaan. “….mereka (Ansar) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ansar) tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan….” (Al-Hasyr: 9)

''dipetik dari AUSIS''



sedikit ulasan: kalau kita tak mampu untuk at least berbaik sangka & berlapang dada thadap sahabat kita, hubungan antara kita & sahabat kita itu tidak mencapai hatta serendah-rendah darjat ukhuwah...renungkanlah....kadang-kadang kita mungkin terasa dengan 'teguran' dari seorang yang kita namakan sahabat...tapi sedarlah, 'teguran' itu membuktikan betapa sayangnya mereka pada kita...kerana dengan teguran tu, kita akan tahu kelemahan kita & i.Allah, akan membantu kita menjadi seseorang yg lebih baik...


Ku Berlari - Firdaus (f. Cat Farish & Akbar)


Ku Berlari
(feat. Cat Farish & Akbar)


Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..




Satu lagi lagu....antara lagu kegemaran suatu ketika dulu...


UNIC-SAHABAT SEJATI

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu

Mungkin sudah suratan hidupku

Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya


Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi



SENYUM SOKMO!!!

klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin
''betul, betul betul!!!'', kata upin...:)

Tanggungjawab aka Responsibility

Alhamdulillah...

Akhirnya telah selesai menunaikan salah satu tanggungjawab iaitu mengundi Presiden CZEMSA HK & Committee members...


Kepada semua yang telah diberi kepercayaan oleh ahli-ahli CZEMSA HK untuk memegang tampuk kepimpinan, tahniah & selamat menjalankan tugas dengan amanah...bak kata Mr Presiden, bukan jawatan yg dipegang tetapi tanggungjawab (lebih kurg la ayat tu..edit sket)....kitorg dah pun menjalankan tanggungjawab dengan mengundi...dan insyaAllah, kami ahli akar umbi akan memberi sokongan & juga sedar bahawa kita semua mempunyai tanggungjawab & peranan masing-masing dalam menjaga kemaslahatan kita semua bersama...


Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing..
Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah

For all kralovians, Jom kita buktikan pada mereka yang pernah melabel kita sebagai kangkung, bahawa KITA BUKAN KANGKUNG....huhu, sebenarnya agak tidak bersetuju melabel sesuatu dengan sayur-sayuran...sebab semua species sayuran, saya suka...anyway, kangkung sedap apa?....actually kenapa kangkung? adakah sebab kangkung agak lembik bila dimasak? saya suka makan kangkung mentah2 cicah budu...rangup&sedap...!!!opss!!! dah lari tajuk...=P


Saturday, October 25, 2008

Cerita Rojak...

Lutut kanan yg pnah injured dulu tu sakit balik....nk naik tangga pn payah. Adakah sbb cuaca makin sejuk? Atau adakah sbb kt faculty skarang dok main naik turun tangga..? =(...mcm xde harapan je nk main ski kt Loch Lomond nnti...hopefully, masih boleh menyumbang bakti mmpertahan kejuaraan Hradec Kralove dlm game volleyball awal november ni..=P

Smalam blaku satu insiden...hehe, masa klas physio...darahku (from tips of index finger) memancut keluar hampir 1 meter (masa nk buat test for blood group - mine is O...itu sudah mesti, umie & abah both darah O)...habis meja & apparatus yg ada depan tu...cuak la jgk masa tuh...tp ok je...bleeding stop kejap je lpas tu...nmpaknya lpas ni kalau x leh withdraw my blood via venipuncture, mcm bleh amek kt hujung jari je...(bolehkah?)


Missing these 2 'budak comot'...


Cau...nk g Novy Hradec aka Kota Bharu aka Newcastle...
Majulah sukan untuk kesihatan...!!!

Ops, lupa...thanks for kralovians B03 (Holky) yg sudi menjayakan 'Semalam di Baitul Mus'ab'....semoga memory kita semua bersama akan sentiasa tpahat di hati...'UKHUWAH' fillah yg dibina moga kekal selamanya....

On the authority of Anas bin Malik, the servant of the messenger of Allah, that the prophet said :

"None of you [truely] believes until he wishes for his brother what he wishes for himself."

Related by Bukhari and Muslim






Teman Sejati - Brothers

Monday, October 20, 2008

Blood...


hahaha!!!


Setakat ni, praktikal physiology adalah saat yg menyeronokkan & dinanti-nantikan (for me personally)....
Sebab boleh kutip seberapa byk pengalaman perform venipuncture (semestinya thadap kawan-kawan sendiri...x tau la apa jd kalau bg kt patient betul...)
So far, dh perform 4... with ratio 3:1...3 success (ila, ijti & koin) 1 failure (fara..pardon!!!)...On the other hand, no one had successfully taken my blood...xpe2....mmg susah pn nk cari moje zila*...

Tp, point kt sini ialah, kitorg sgt bbesar hati sbb diberi peluang untuk buat ni semua wlpn baru bgelar 2nd year medic student...bukan semua uni bg student diorg buat semua ni...masa ni la nk kutip pengalaman sbanyak mungkin kn? Dah la group 1 ni student sikit je...so, ada chance nk amek dan/atau donate darah every week...lepas ni kalau x expert, mmg x tahu la...sape2 yg rasa dirinya dh sgt hebat, lpas ni bleh cuba nasib / test kepakaran by taking my blood..kalau dapat, mmg respect habis (serius ni..!)...

Best, best jugak...tp belajar tetap belajar...jgn main2 pesanan utk diri sendiri & kawan2...

(memetik kata2 ustaz salam: ''wajib'' belajar betul2 utk dapt title ''dr'' kalau dgn mnjadi doktor boleh dekat dgn masyarakat for the sake of ''da'wah'')kalau x berapa faham dgn statement ni, jgn segan2 tanya...nnti x pasal2 salah faham plak...(^-^)v...

* my vein

Loch Lomond

Looking forward to this place....LOCH LOMOND, SCOTLAND...








Harapan --> Berjumpa 'sesuatu' yang aku cari...'sesuatu' yg sangat aku butuhkan...'sesuatu' yg aku impikan...'sesuatu' yg mungkin merubah sesuatu...

For more info + pics: Winter Retreat 2008


Thursday, October 16, 2008

The Story Begins...

Blog ni x dijamin untuk di'update' sekerap mungkin pn..tengok la kalau ada masa + mood + cerita...so, jgn la mengharap sgt ye (actually, ada ke org mharap? hehe, ntah2 xde org tahu pn kewujudan blog ni) Sebab awal2 ni mungkin blog lg satu akn dpt phatian yg lebih...Pardon!!

Hiasan2 & accessories untuk blog ni nanti2 lah ye...tunggu masa yg sesuai...

*for those yg rasa saya me'rosak'kan bahasa dgn menggunakan singkatan & bahasa rojak, (BM+english+cestinu) awal2 lagi saya nk minta maaf...hopefully, takde la sampai korang x faham apa yg nak disampaikan...anyway, kalau ada yg x sampai maksud/ tak faham, tanya je...biasala, kadang-kadang kita x sedar pn yg kita ni merapu x tentu pasal....(^-^)v...peace!!!



Vitame Vas!!!

Salam a dobry den!!
Vitame vas!

I promise that this time, I won't make it as a private one...

klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin


WELCOME!!!

klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin