Friday, June 19, 2009

Alhamdulillah 2..^^

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Tu je yang mampu terucap masa Holecek sign buku kredit tadi..

Memang tak dapat dinafikan..Kegagalan minggu lepas banyak bagi pengajaran..Dari segenap aspek kehidupan..

OK...Dah selesai satu urusan..tapi banyak lagi urusan menanti..

''Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain'' (Al-Insyirah, 94:7)


Insya Allah setiap apa yang berlaku, itu adalah yang terbaik untuk kita...believe in HIM..

Ujian exam ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan ujian-ujian Allah yang lain..kita nampak benda ni besar sebab natijahnya di depan mata...Banyak je lagi *ujian-ujian* dari Allah yang akan kita tempuh ataupun sedang tempuh, tapi terlepas dari pandangan kita sebab natijah ujian tu bukan di sini..bukan depan mata..hoho..a reminder to myself as well^^

**ujian ni banyak jenis...nikmat, masa lapang dan kejayaan juga adalah salah satu dari cabang-cabang ujian-Nya..



..v(^.^)v..

''Hayya biljihad!! 'Aisy 'azizan au mut syahidan!!''
'' Hidup Mulia '' atau '' Mati sebagai Syuhada' ''

Wednesday, June 17, 2009

''warm wishes''

Nak share satu video yang di'share' oleh seorang sahabat tatkala diri yang gersang dek exam ni minta sesuatu...


ditujukan khas buat semua^^




dekuju moc...


Exam oh exam...
Banyak pros...banyak jugak cons nye
Kadang-kadang aku benci exam
Buat kita jadi lalai & leka dalam dunianya
Tapi kadang-kadang aku bersyukur ada exam
Buat kita sedar banyak benda & lebih peka
Exam tak salah
Segalanya bergantung pada kita
Macam mana nak handle
So that fizikal, roh, emosi, & mental tak terdera
Usaha sedaya mungkin
Tapi jangan sampai Ilah berubah arah
Selebihnya, kita tawakal
Natijah bukan urusan kita
Yang dinilai oleh Dia adalah usaha
Moga termasuk golongan yang diredhaiNya..


Selamat bermujahadah semua!

sejak nk exam ni, rajin bebeno menulis blog..huhu (tengah 'kebulur' ni sebenarnya, nak 'nasikkkk'! Nak makan 'nasi' ramai2..nak sharing-sharing...tak best 'makan' sorang-sorang..tak 'kenyang')..^^

(bila baca balik macam monster tengah lapar..^^)

Tuesday, June 16, 2009

Sharings of today^^

Baru balik study group ngan Ila, Koin & Raini...One of the reasons kaki ni rajin melangkah ke fakulti hari ni ialah study group tu sendiri..Reasons lain = nak amek 'conspiracy notes' Biochem, nak bayar duit 'conspiracy notes' & juga untuk book date Physio. I.Allah kalau takde aral, 19 ni reseat for physiology exam (2nd attempt).. Doakan ye kawan-kawan. ^^

Something to ponder, tadi masa tengah study group, ditakdirkan (hidup ni takde kebetulan^^) ada sorang lagi classmate (bukan Malaysian) join half of the discussion. Banyak la jugak dia membantu kami yang kadang-kadang agak pening...(nerve fibers dah berselirat sangat^^)..situation masa tu, 'win-win situation'..Dia kata dia faham something yang selama ni dia tak faham & kitorang dapat some good explaination dalam certain things. Tengah-tengah discuss pasal internal ear, tiba-tiba dia kata (lebih kurang la)..''You know what? All these things are so great! How come they said that all these things coincidently happened/formed?''

Kat sini, most of lecturers percaya teori evolusi. So, bagi diorang semua ni jadi secara kebetulan. Kadang-kadang dalam kelas diam je la masa lecturer relate dengan teori evolusi ni..Tapi bila dengar benda ni dari mulut seorang non-muslim, dalam hati, 'Subhanallah, Masya Allah'..sebab secara tak langsung dia mengakui kewujudan Yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Teliti mencipta each part of our body dengan sedetail-detailnya. Mungkinkah semua ni jadi secara kebetulan? Mana mungkin! Fitrah manusia akan menyebabkan kita at least terdetik bahawa ada Suatu Kuasa yang sedang mengatur kehidupan kita dan segala apa yang terjadi.

Apatah lagi kita, sebagai seorang yang mengaku & tahu akan keagungan & kebesaran ALLAH...Kadang-kadang terfikir juga, kita study bagai nak rak physio, biochem, anat, histo etc..Adakah semua tu menambahkan keimanan kita semua terhadap ALLAH? Atau hanya study sekadar study untuk pass exam? (Kalo apa yang kita pelajari itu nggak punya kesan sama iman, percuma saja apa yang kita belajar! <--sila baca dalam intonasi yang betul) Tepuk dada tanya iman..renungan buat diri especially & kawan-kawan jugak^^

Lagi nak share, tadi after solat zohor jemaah kat fakulti, ada seorang hamba Allah share something..something related to 'lughatul arabiyah' aka 'lughatul jannah' aka bahasa arab^^.. lebih kurang macam ni la, dalam bahasa arab, kiranya kalau kata akar (root word) satu perkataan tu ada huruf Jim & Nun, ia akan membawa kepada maksud sesuatu yang ghaib @ yang tak dapat kita tengok....contoh?? Jannah, Jahannam, Jin, Janin a tak dale (dia ada sebut lagi 1 perkataan tapi tak ingat..yang bermaksud shielding)

Lagi satu, lepas solat asar pun ada tazkirah jugak...someone share pasal riak...kalau kita pass satu exam (dia amek contoh one of jemaah yang dapat 1 untuk Histo^^), banyak-banyak la syukur pada Allah..Jangan riak..dan teruskan study untuk subjek lain..Sebab wujudnya perasaan riak dalam hati hatta sebesar 'mustard seed' (biji sawi) akan menyebabkan kita dicampak dalam neraka...Nauzubillah min zalik...Kalau rasa-rasanya ada perasaan tu, cepat-cepat istighfar...Astaghfirullah al-azim..

Tu je kot..(^_^)v..terpanjang la plak...Pardon!

All da best untuk semua yang akan menempuh salah satu ujian (kalo nak dihitungkan, ujian ini nggak seberapa dunk!) antara ujian-ujian yang bakal kita tempuhi sebagai seorang hambaNya...

Vsechno nejlepsi untuk mereka yang berkenaan dalam Anatomy, Histology, Physiology, Biochemistry, Czech Language, Pathophysiology, Pathoanatomy & Psychology...(ada lagi ke subjek tertinggal?)


Saturday, June 13, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah 'ala kulli hal...(segala puji bagi Allah atas setiapa perkara yang berlaku)

Dah terjawab pun teka teki keputusan exam physiology...Itu juga rezeki...
''Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) berbanding kehidupan akhirat'' (Ar-Ra'd, 13:26)


i.Allah ada sesuatu yang Allah nak tunjuk...tapi tipu la kalau kata takde secebis pun rasa sedih...tapi i.Allah, bukan natijah itu yang Allah nilai tapi usaha kita...

Apa-apa pun, banyak 'tarbiyah exam' yang dapat kali ni...ukhuwah, sabar, punctuality, a tak dale..=P...

Kita merancang, Allah juga merancang dan DIA adalah sebaik-baik perancang...
I. Allah, apa yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita...walaupun apa yang terjadi itu bukan apa yang kita harapkan ia terjadi...Buat diri sendiri & kawan-kawan semua, selamat berjuang..usaha sebaiknya dan tawakkal...
''Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihad itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesunguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta'' (Al-'Ankabut, 29:6)

''Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik'' (Al-'Ankabut, 29:69)

''dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara'' (al-Ahzab, 33:3)
@upin02
Semoga kejayaan milik kita semua...Vsechno nejlepsi!!