Saturday, November 22, 2008

Siapakah dia...

Mus'ab ibn Umair...?

Maybe ada yang dah dengar/ baca kisah hidup beliau..
Mungkin juga ada yang belum pernah dengar pun nama Mus'ab ibn Umair ni.


Kenapa ek nama rumah kitorang Baitul Mus'ab?
Bukan ke tu nama lelaki?
Sedangkan, ahli-ahli rumah tu semua 'holky'...




Sebab...
Kitorang kagum dengan semangat & peribadi pemilik nama ini....malah mengimpikan diri agar menjadi sehebat 'Duta Pertama Umat Islam' yang dikirim ke Madinah ini...dan dengan izin Allah, beliau telah berjaya mengislamkan at least seorang dalam setiap rumah di Madinah...

Tapi....
siapa sebenarnya ar-rijal bernama Mus'ab ni?

Jeng3x.....Jom layan jap cerita kat bawah ni...




Mus'ab bin Umair-Da'i Mujahid...

Mus’ab bin ‘Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman.

Sebelum memeluk Islam lagi Mus’ab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya:
“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya.


Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: “Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.”

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qami’ah menyerbu ke arah Mus’ab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Mus’ab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qami’ah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qami’ah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabi’ah dan Suwaibit ibn Sa’d telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.


Nota kaki: Kisah di atas di'copy & paste' dari sini---> Mus'ab bin Umair-Da'i Mujahid

Kisah ar-rijal bernama Mus'ab ibn Umair ini juga boleh dibaca di sini dalam versi English--->Mus'ab ibn Umair-The First Envoy of Islam (kat sini lagi best kot..sebab lagi detail...HIGHLY RECOMENDED!)


So?
Kalau nak dihitung & direnung...
Dah berapa lama Allah bagi kita peluang hidup di dunia yang fana ni...?
Selama hayat kita ni, apa yang dah kita buat...? Untuk islam...?
Dah tertunaikah tanggungjawab kita yang diamanahkan Allah?

2:30 Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di bumi"...

51:56 Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan BERIBADAT kepadaKu


Dah berapa banyak titisan darah (kalau tak darah pun, titisan keringat...) kita yang telah tumpah dalam kita menunaikan amanah kita tu?

For me personally, rasa hina & kerdil bila fikir semua tu...
Mana taknya, bila fikir-fikir balik, dah berapa banyak masa habis dengan perkara-perkara 'lagha' yang memang tak masuk dalam list tanggungjawab kita (sipi-sipi pun tak)...
sepanjang detik kita dipertanggungjawabkan dengan segala amalan kita (baligh) sampai detik ini, agaknya berapa percent yang dah kita peruntukkan untuk Allah...jawapan yang sepatutnya ialah 100%..setuju?...
Inna solati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamati, lillahi rabbil 'alamin

tapi,
kita sendiri tahu, berapa banyak dari 100% tu yang telah kita peruntukkan....
tepuk dada, tanya iman...

Iman kita memang turun naik...Hati kita sentiasa berbolak-balik...Sentiasalah kita berdoa moga Iman & hati kita sentiasa kukuh & teguh....ada ketika, ribut taufan, puting beliung hatta angin sepoi2 bahasa datang menguji.....semoga iman & hati kita tak runtuh & roboh malah terus dan semakin kukuh & teguh...sama-samalah kita saling tegur-menegur, nasihat-menasihati & ingat-memperingati sesama kita...kerana kita adalah manusia...makhluk Allah yang mudah alpa & lupa...yang perlukan peringatan setiap masa....

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mu'min (az-Zariyat, 51:55)


'ish 'azizan au mut shahidan....

Monday, November 17, 2008

Hakikat Bahagia~~

Ma ma'na 'as-sa'adah'? What is 'happiness'? Co je to 'stesti'? Apakah erti sebenar sebuah 'kebahagiaan'?

Siapa ada jawapan untuk soalan tu?
Adakah wang ringgit, cinta, harta, pangkat etc adalah kayu pengukur makna sebuah kebahagiaan? Jeng3x...



Jom layan jap lagu 'hakikat bahagia' ni....
Hakikat Bahagia - UNIC
Bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir rupanya ma'nawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati, bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa, mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan...
Bila susah tiada gelisah,
Bila miskin syukur pada Tuhan,
Bila sakit tiada resah di jiwa,
Bukankah Tuhan telah berfirman,
''Ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang''
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah,
Bila berkuasa amanah,
Bila berjaya tidak alpa,
Bila sihat tidak lupakan Tuhan...
Hakikatnya bahagia itu, adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan...
Bila susah tiada gelisah,
Bila miskin syukur pada Tuhan,
Bila sakit tiada resah di jiwa,
Bukankah Tuhan telah berfirman,
''Ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang''

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah,
Bila berkuasa amanah,
Bila berjaya tidak alpa,
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Semua insan kan mengerti maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir, rupanya ma'nawi
Terpendam bagai permata di dasar hati,
Bahagia itu ada di jiwa, mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran...

Setuju ke?
For me personally, setuju....
Sebab kadang-kadang, kita diuji dengan pelbagai rintangan & kesusahan...
Namun, kalau kita pasrah & bersangka baik dengan Allah atas segala kurnia-Nya, pasti kita akan berlapang dada...automatically, rasa bahagia akan timbul...betul tak?

Apa sahaja yang menimpa, baik atau buruk, ucaplah ''Alhamdulillah 'ala kulli hal'' yang bermaksud, 'Maha Suci Allah atas setiap perkara''....

Teringat satu cerita ni,


Pada satu hari ketika Abul Hassan sedang mengerjakan tawaf di Masjidil Haram, beliau ternampak seorang wanita yang wajahnya bersinar dan berseri.

Abul Hassan berkata kepada dirinya:
"Demi Allah, saya belum pernah melihat wajah yang cantik dan berseri seperti wanita itu. Wanita itu seolah-olah seperti tidak pernah risau atau bersedih hati."

Kata-kata Abul Hassan itu didengari oleh wanita itu. Dia lantas bertanya: "Apakah yang tuan katan? Demi Allah saya tetap berasa sedih dan dukacita."

Abu Hassan bertanya: "Bolehkah saya tahu, kenapakah puan bersedih dan berdukacita?"

Wanita itu menjawab: "Suatu hari, ketika suami saya pergi menyembelih kambing korban di masjid, satu insiden menyayat hati menimpa tiga orang anak kecil saya. Kejadian itu berlaku dirumah ketika saya sedang menyediakan makanan selepas menyusukan anak kecil saya. Anak saya yang sulung sedang bermain dengan anak kedua saya. Saya terdengar dia berkata kepada adiknya: Adik, mahukah sekiranya abang menunjukkan kepada kamu bagaimana ayah menyembelih kambing."

"Anak saya yang kedua menjawab: 'Baiklah. Bagaimanakah caranya?"

"Saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik kerana mereka memang selalu bermain bersama. Namun, tanpa saya sedari, si abang menyuruh adiknya berbaring dan kemudia dia menyembelih leher si adik dengan pisau yang entah dari mana dia dapat. Apabila melihat adiknya menggelupur dan darah memancut keluar dari tubuh, dia segera melarikan diri ke bukit berdekatan. Si abang cuba untuk bersembunyi di bukit itu, namun seekor serigala yang kelaparan telah menangkap dan memakannya."

Abul Hassan bertanya: "Sungguh tragis insiden ini."

Wanita itu berkata: "Nanti dulu tuan. Cerita saya belum habis. Izinkan saya meneruskan cerita."

Jawab Abul Hassan: "Maafkan saya. Sila, teruskan cerita puan."

"Apabila melihat anak saya yang kecil berlumuran darah dan tidak bernyawa, saya segera mendapatkan suami saya. Saya menceritakan apa yang berlaku kepada anak kedua saya dan kehilangan anak sulung saya. Lantas suami saya segera pergi ke arah padang pasir untuk mencarinya. Ketika itu kami tidak tahu anak sulung kami melarikan diri ke arah bukit."

"Setelah sekian lama mencari di padang pasir, saya berasa risau. Saya keluar rumah untuk melihat-lihat sekiranya suami atau anak saya pulang. Saya meletakkan anak kecil saya di dalam rumah. Tanpa saya sedari anak kecil saya merangkak ke arah cerek yang mengandungi air panas. Dia menarik cerek tersebut dan tumpahlah air panas itu ke atasnya. Anak kecil menjerit kepanasan dan kulitnya melepuh. Apabila saya mendapatkannya, dia sudah mati."

"Tidak lama kemudian beberapa orang kampung yang keluar mencari anak saya datang ke rumah membawa jasad suami saya. Rupanya dia mati akibat kehausan di padang pasir. Cebisan daging, tulang dan pakaian anak sulung saya yang berlumuran darah akibat dibaham serigala juga sudah ditemui."

Abul Hassan terperanjat mendengar insiden menyayat hati yang bertimpa-timpa menimpa wanita itu. Dia bertanya: "Walaupun puan ditimpa insiden yang sungguh tragis ini, puan masih kelihatan tenang. Bagaimana puan boleh bersabar menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu? Puan tidak langsung mengeluh?"

Wanita itu menjawab dengan suara yang tenang: "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan dia menemukan perbezaan antara keduanya. Seseorang yang bersabar dengan musibah yang menimpanya akan mendapat ganti yang baik dari Tuhan. Ia adalah sifat terpuji. Manakala, sekiranya dia mengeluh, dia tidak akan mendapat sebarang ganti dari Tuhan. Sia-sialah apa yang berlaku kepadanya."

Wanita itu menyambung lagi kata-katanya: "Rasulullah pernah berkata dalam satu hadis Qudsi: "Bagi hamba Allah yang beriman, apabila Allah mengambil kekasihnya di dunia dan dia bersabar, tidak ada balasan lain baginya melainkan syurga."

Kata Rasulullah juga: "Tiga tanda kekafiran terhadap Allah: merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika dia mati sebelum sempat bertaubat, maka Allah akan menyediakan untuknya pakaian dari wap api neraka." (Hadis ini direkodkan oleh Imam Majah)

Selepas menghabiskan kata-katanya, wanita itu meminta diri. Abul Hassan berasa kagum mendengar cerita wanita itu. "Patutlah wajahnya berseri dan seolah-olah bercahaya. Sungguh tinggi kesabaranya." Kata Abul Hassan kepada dirinya apabila wanita itu beredar.

(nota kaki: kesahihan cerita ni tidak diketahui...sekadar mengambil pengajaran)...(^-^)v....



So, lepas ni kalau ada apa-apa musibah menimpa, jangan cepat mengeluh...apa yang berlaku adalah suatu ketetapan, dan ujian Allah untuk menguji tahap keimanan kita...mungkin ada manis di penghujungnya..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya...Dan Allah Maha Tahu Kemampuan kita...Kita diuji kerana kita mampu menghadapinya...

TAPI, jangan pula kita cepat alpa bila Allah penuhi segala permintaan kita...kerana boleh jadi semua tu juga adalah ujian Allah...Dia nak uji adakah kita ni tergolong dalam hamba-hamba-Nya yang bersyukur....Setiap segala sesuatu nikmat adalah pemberian Allah...Dia lebih berhak atas segalanya dan Dia bebas merampas kembali segala nikmat itu semua pada bila-bila masa...<---pengajaran buat diri sendiri jugak...yela, manusia ni kan mudah lupa....

....::erm...terpanjang pulak entry kali ni...xpe kn?..peace!!!(^-^)v::....
BTW, dah terjawab ke persoalan terhadap erti sebenar ''bahagia''?
Anyway, kalau ada opinion lain, jangan la segan-segan share ye?...
''Sharing is caring'' & ''Sharing is fun''



Tuesday, November 11, 2008

Misteri Kehilangan....

Duit dalam akaun Dalila...berjumlah lebih 3000Kc


Di mana duit tu ialah duit saya+Ijti+Dalila...

Macam ni, tadi saya & Ijti gi bankomat KB bank kat Obchodni Dum...
Kononnya nak withdraw duit kitorang yang masih berbaki dalam tu lepas beli tiket flight online..

Sekali kitorang terkejut bila dmaklumkan balance duit dalam tu tak cukup....kalau sikit ok la lagi, masalahnya sekarang ni jumlah tu bersamaan €100++.....

Yang peliknya,

Macam mana?....sebab, lepas guna untuk internet banking beli tiket ke Loch Lomond, Scotland (Saya+Ijti) & Malaga, Spain (Dalila)...kad tu memang dalam simpanan saya...kalau nak kata terguna, macam x mungkin sebab x ingat pun no pin kad tu...tak tau la kalau ada toyol yang pandai guna internet, pakai kad tu online...

Bila?....Last pakai kad tu, Utery(Selasa) lepas...dan kitorang sedar kehilangan tu pun hari ni (Utery jugak)...meaning, transaksi pengeluaran duit tu berlaku dalam masa seminggu ni....

SO??
insyaAllah, esok nak gi jumpa Lucy check balik...
Tp kalau dah memang tak dapat balik duit tu...nak buat macam mana....Redha je la...

ingat ni...
tu kiranya Allah baru uji sikit...kalau Allah ambil nikmat-Nya yang lain yang kita selama ni tak pernah bersyukur/ salah guna ke, macam mana? Contohnya nikmat pancaindera ke....Ni Allah nak remind kita balik....maybe duit tu patutnya diinfaq ke mana-mana, tapi kita kedekut ke.....ha, mana kita tau kan?


''Sentiasalah berbaik sangka terhadap Allah dalam apa jua keadaan yang menimpa diri''

SMILE...:)''betul3x''

klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin






Wednesday, November 5, 2008

Loch Lomond..here we come!!! (^-^)v

Alhamdulillah...

Tiket ke Glasgow dah settle dah semua....Insya Allah akan bertolak dari Prague pada 20 Dec dan sampai ke Glasgow airport pada pagi 21 Dec (PRG-LGW-GLA)...together with some other sisters from Hradec & Prague...rasa excited & tak sabar nk sampai sana walaupun tahu, sebenarnya lambat lagi...tapi kalau nak kira, takde la lambat sangat ...bulan depan je pun..

Anyway, semoga perjalanan kita semua nanti selamat dan dalam redha-Nya...(btw, jangan lupa betulkan niat kenapa kita pergi sana...sebab apa yang kita niatkan, tu yang kita dapat)peringatan buat semua especially diri sendiri...